Sunday 18 March 2012

KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI MELALUI SEKUNTUM SENYUMAN ^_^



Secara saintifiknya, senyuman terhasil daripada pergerakanotot.Kita akan hanya menggunakan 17 otot apabila kita tersenyum berbanding dengan 43 otot jika mengerutkan dahi.Apabila tersenyum,otot zigomatikus dan levatorangulioris akan bekerjasama untuk menarik hujung bibir ke atas untuk menghasilkan senyuman.

Kajian telah menunjukkan senyuman dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.Darah akan sampai ke hipotalamus, iaitu bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi.Ia akan menghasilkan perasaan gembira. Senyuman dan ketawa juga mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.Secara fisiologinya, tekanan mengakibatkan proses metabolisma berjalan secara tidak normal.Metabolisme yang tidak normal akan mempercepatkan penumpuan metabolit atau terbentuknya protein yang tidak sempurna sehingga keefisienan sel berkurangan.
Senyuman yang diakhiri ketawa mengaktifkan kimia badan secara tidak langsung mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, artritis,ulser dan proses penuaan pramasa. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik untuk melancarkan peredaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung.Proses ini melibatkan diagma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang. Otot abdomen akan bertambah kuat dan fungsi otot juga meningkat. Ini akan meningkatkan lagi daya pemikiran, kepekaan dan keupayaan otak untuk menerima maklumat dan ilmu baru.
Seseorang akan kelihatan lebih yakin terhadap kerja yang baru dilakukan apabila dia tersenyum dalam setiap aktiviti kehidupan seharian dan ini menjadikan seseorang itu mudah didekati dan disenangi. Senyuman dapat mensimulasikan seseorang berfikir positif dan mencetuskan perasaan gembira dan ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan.Tabiat senyum berkaitrapat dengan kematangan berfikir seseorang dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupannya. Senyuman yang dilemparkan juga mampu membahagiakan orang di sekeliling anda. Keceriaan seseorang mampu memberikan impak positif dansemangat kepada orang lain yang dilanda kemurungan.Senyuman tidak memerlukan modal tetapi membuahkan hasil bermanfaat kepada kesihatan fizikal, rohani dan pergaulan sesama manusia.Oleh itu, tidak rugi untuk terus tersenyum kerana ia merupakan pelaburan tanpa modal yang amat menguntungkan.


Friday 16 March 2012

RESEPI AISKRIM




Anda suka makan aiskrim, tapi x tau cara utk membuatnya...

Jadi hari ini ana ingin story ckit cara utk membuatnya...
Just simple as ABC..

Bahan2
~ 2 cawan susu (ikut suke perisa strawberry @ coklat or whatever!!)
~ 2 cawan coffemate
~ 1@ 2 sudu gula (kalo x nk pun x pe coz susu n biskut dh manis) ana x guna pun..
~ Jgn lupa biskut oreo ( x nk pun x pe)

Cara2
~ Blendkan bhn2 tersebut sehingga berbuih
~ Masukkan dlm bekas
~ next, masukkan dlm fridge
~ Stlh agk beku keluarkan semula n blend lg skali
~ Then baru masukkan semula dlm fridge n biarkan beku
~ Utk nmpk lbh sedap hncurkan biskut oreo n tburkn..
~ Finally, leh la mkn bersama family..

Cuba tau jgn x cuba, rugi lau x try
Senang n sedap.......
nyum3 ^_^ ~

Sunday 11 March 2012